Friday, November 20, 2009

PTPTN - Riba?


Benarkah PTPTN dikatakan riba? Kalau riba kenapa masih diamalkan atau masih diguna pakai di Malaysia yang majoriti penerima PTPTN adalah orang Islam. Ang merupakan salah seorang yang menerima pinjaman PTPTN ni. Maklumlah, Ang bukan berasal dari keluarga yang senang untuk mensponsor Ang belajar.


Riba kalau dari segi bahasanya bererti "kelebihan". Dalam Al-Quran ada menjawab pertanyaan Riba dengan menyatakan "Tuhan menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba" (QS 2:275). Riba juga bererti apa yang diambil seseorang tanpa melalui usaha perdagangan dan tanpa bersusah-payah sebagai tambahan atas hartanya.


Hadith riwayat Abu Said Al-Khudri ra., berkata: Dinar ditukar dengan dinar, dirham dengan dirham harus sama nilainya. Barang siapa menambah atau meminta tambahan bererti ia telah melakukan riba. Maka aku berkata kepadanya: Sesungguhnya Ibnu Abbas ra. tidak mengatakan demikian. Ia berkata: Aku telah menemui Ibnu Abbas ra. lalu aku bertanya kepadanya: Apa pendapatmu mengenai apa yang kamu katakan, apakah itu sesuatu yang kamu dengar dari Rasulullah saw. atau kamu menemui dari Kitab Allah? Maka ia berkata: Aku tidak mendengarnya dari Rasulullah dan tidak mendapatkannya dari Kitab Allah, tetapi Usamah bin Zaid berkata kepadaku bahwa Nabi saw. pernah bersabda: Riba itu terdapat dalam penundaan pembayaran


Bila kita bercakap pasal Riba, mungkin kita tertanya jugak dengan bunga yang kita simpan dekat bank. Tapi kalau dekat Malaysia ni, rata-rata sekrang bank telah menggunkan sistem syariah. Mungkin keraguan berkenaan Riba dapat dielakan dengan menggunakan sistem syariah ini.


Hukum bunga bank menurut jumhur ulama adalah haram sebabnya ialah ia jelas-jelas merupakan riba. Tapi kalau bank tu menggunakan system syariah sumber yang diperolehi akan dititik beratkan dengan aspek kehalalan. Bank Syariah adalah lembaga kewangan yang usaha dasarnya adalah memberikan kredit dan jasa lain dalam pembayaran serta peredaran wang yang beroperasi disesuai dengan prinsip-prinsip syariah.


Berbalik kepada PTPTN, kalau kita dah pandai pinjam pandai la bayar balik kan. Salah satu apa yang pernah Ang belajar, kalau dalam perjanjian tak cakap jumlah yang perlu kita bayar, ia dianggap Riba. Dalam kes PTPTN, dalam perjanjian hanya ditulis pembyaran balik berserta kos pentadbiran 4%. Jumlah sebenar tidak di tulis. Tapi selepas tamat belajar, ada surat menyatakan jumlah pinjaman dan jumpah perlu dibayar. So, nanti kita tengok la camne. Adakah kita akan bayar lebih dari jumlah yang perlu bayar tu?


Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya." – dari web PTPTN.


Dulu, masa belajar tak pernah terfikir pun pasal Riba ni. Sebab semua orang pakat ramai-ramai isi borong PTPTN, ye lah tak kan nak suruh mak ayah bayar kita belajar kan. Diaorang pun banyak lagi nak kena tanggung. So, memang tak ada pilihan lain. Kalau la time tu Ang kenal Nik, kompem Ang buat pinjaman Yayasan Terengganu.


Kalau pinjaman dari Yayasan Terengganu, kita akan dapat diskaun lagi. Dah la pinjaman tanpa bunga. Kalau 1st class jadi biasiswa, kalau 2nd class upper ada potongan beberapa percent, Ang dah lupa, jadi sikit je la Ang kena bayar kalau ambik YT. So sekarang Ang dah nasihat kan adik Ang ambik biasiswa JPA, kalau tak merana nak kena bayar PTPTN. Nasib baik dia dengar cakap ambik JPA, so tak yah nak fikir bayar balik pasni.


Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah shallahu ‘alahi wasallam"Allah melaknat orang yang memakan riba, orang yang memberi riba, dua orang saksi dan pencatat, mereka sama saja" (HR. Muslim dan Ahmad)


Hadith Nabi: Dosa riba memiliki 72 pintu dan yang paling ringan adalah seperti seseorang berzina dengan ibu kandungnya sendiri.” (Shahih, Silsilah Shahihah no.1871) "Satu dirham yang dimakan oleh seseorang dari hasil riba dan dia paham bahwa itu adalah hasil riba maka lebih besar dosanya daripada berzina 36 kali". (HR. Ahmad, dengan sanad yang shahih).


Adakah PTPTN ni riba? Hanya yang pakar dapat menjawabnya. Ape yang Ang tahu, kena kerja cepat-cepat bayar hutang ni balik. Sekarang hanya mampu bayar sikit-sikit dulu.



No comments:

Post a Comment