Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan buat semua...


Salam Ramadhan buat semua teman-teman…

Di kesempatan ini Ang nak memohon maaf dan minta ampun banyak-banyak kat semua orang atas keterlanjuran tutur kata, gurauan, perlakuan, umpatan, kejian tidak kira sama ada kekhilafan diri itu disedari mahupun tidak.

Salam maaf Salam Ramadhan Ang hulurkan, semoga jalinan ukhuwah yang terjalin di antara semua kekal mesra dan terus bergembira.. Meskipun kadang-kadang terdapat perselisihan faham di antara kita semoga bulan yang mulia ini menjadi masa yang sesuai untuk kita saling bermaafan, buang yang keruh ambil yang jernih. Bak kata Siti ‘Tanpa Dendam Di Hati’.. Meskipun orang cakap kata-kata begitu mudah dilafazkan berbanding perasaan yang mengalaminya. Oleh itu, Ang berharap kata-kata maaf dan ampun yang dihulurkan seiring dengan keikhlasan yang lahir dari hati.. ;p

Salam Ramadhan

Angah..

2 comments: