Wednesday, August 8, 2012

Kadar Zakat Fitrah Terengganu


Kadar zakat fitrah bagi negeri Terengganu tahun ini ditetapkan sebanyak RM4.50, RM7.00 dan RM7.60 kalau nak banding dengan RM5, RM7 dan RM8 tahun lepas.. berdasarkan harga gred beras yang dimakan. Ni sumber dari Utusan Malaysia (http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_02.htm)...

Kalau tak silap Ang negeri lain ada 1 je kot kadar bayaran zakat fitrah ni.. Terengganu makan banyak jenis beras ni...

Kita kongsi skit maklumat yg Ang ambil dari Intenet pasal zakat fitrah ni ekk.. untuk refreshkan minda kita semula apa yg kita belajar time skolah dulu..;p

Zakat fitrah

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat Ramadan dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).

Syarat Zakat Fitrah

1.Islam
2.Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan
diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
3.Dapat menemui dua masa iaitu pada akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

Kewajipan zakat fitrah

1.Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
2.Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

No comments:

Post a Comment