Thursday, September 27, 2012

All Your Love Siti Nurhaliza lagi…


Mendarat dengan selamat..;p


Ini merupakan kali ke 2 Ang dapat album ni.. dan merupakan album ke 3 milik Ang.. Masa mula-mula album ni keluar dulu tahun lepas 2011 bulan September, Ang sudah beli, time tu beli 2 sebab 1 nak pos ke Indonesia nak bagi dekat member kat sana, jadi tinggal 1 je milik Ang.

Yeayy.. ada sign...;p

Pastu mula-mula Ang join twitter terpandang ada contest Warner Music Malaysia.. katanya kena Follow diaorang dulu baru boleh jawab.. saje je mencuba nasib.. sekali soklan dia memang semua orang boleh jawablah.. dia tanya “Apa Single pertama album All Your Love?”.. hah jawab.. jawab.. 5 terpantas jawab dapat album All Your Love ni.. Alhamdulillah Ang antara terpantas…hahaha.. memang kebetulan yang ni..tak sangka plak..

Kemudian yang terbaru ni merupakan reward daripada Astro.. ini untuk rewards History Channel.. macam cabutan bertuah la juga ni.. dia berjalan selama 2 bulan.. katanya sapa yang terawal hantar penyertaan setiap hari akan dapat album All Your Love ni beserta Sign Siti Nurhaliza.. wahh tak sangka.. Alhamdulillah rezeki lagi..

Semua cd tu ada value sentimental dia jadi sayang nak bagi kat orang walaupun sama je..;p
 


Wednesday, September 26, 2012

Mengimbau Memori


Sama tak muka skrang ngan time kecik dulu? hehehe

Errr rasenya tak adalah mengimbau sangat pun..sebab tak ingat apa-apa pun..hehehe.. Ni satu lagi khazah berharga buat diriku ini yang terjumpa dalam bilik Aboh.. hehe.. baju time kecil-kecil dulu.. Ummi kata time ni tak boleh berjalan lagi.. sebab duk dalam walker.. hehe.. Kebetulan ada photo yang pakai baju tu..huhhh… tak sangka lak baju zaman tok kadok tu ada lagi.. banyak sebenarnya baju time kecil-kecil a.k.a baby dalam bilik tu.. tapi yang berkemas beria adik Ang.. dia ni pantang tengok benda lama je terus ambil pergi bakar.. huhh.. baju ni terselamat sebab time nak lempar dalam api tu, ummi sempat cakap nak simpan baju tu.. baju lain selamat dah jadi abu… huhuhu…  

Tuesday, September 25, 2012

Salasilah Family


Carta alir..hahahaha

Selepas berkemas dekat bilik aboh..Ang terjumpa salah silah family ni..tengok kat situ update tahun 1982..haha..sah-sah lah nama Ang tak ada lagi kat dalam tu..tp Ang tahu nama Ang akan letak kat mana..sebab nama Aboh dah ada kat dalam tu.. tengok pada rantaian tu.. 1 cabang family ada kat Perak, 1 cabang ada kat Kedah, 1 cabang ada kat Terengganu dan 1 cabang ada kat Aceh, Indonesia.. yang dekat negeri lain tu memang tak kenal sape2 pun.. tapi diaorang yang dekat Kedah tu selalu anjur perjumpaan dekat Masjil Family dekat Kedah tiap kali hari raya ke 3..nama nya perjumpaan keluarga Al-Zubaidy.. Dulu family yang di Terengganu pun selalu gak buat perjumpaan family kat Masjid keluarga kat Terengganu.. tapi lama dah tak ada, sejak orang tua-tua dah tak ada ni..

Ok ni yang Ang dapat dari salasilah tu:

Mohammad Shafie Bin Shafie Bin Mohd. Said Bin Abdul Wahab Bin Mohd Shafie Bin Mohd Amin Bin Abdul Rahman Bin Syaikh Ahmad Al Zahidi Al Yamani.

~~: rasa macam nak sambung je salasilah ni..hehehe..