Monday, October 20, 2014

Perbezaan Datin dan To’ Puan

Datin – Gelaran kepada isteri yang menerima darjah kebesaran Dato’ atau Datuk.

To’ Puan – Gelaran Kepada isteri yang menerima darjah kebesaran Dato’ hanya daripada Sultan Terengganu.


*Antara yang pernah baca.. mungkin pada masa akan datang akan ada lagi pernambahan. Kalau ada sebarang kesilapan sila komen ya.. Tq
 

Sunday, October 19, 2014

Ada jenis Datin Paduka


1. Datin Paduka  - Gelaran kepada isteri penerima Darjah Kebesaran ‘Dato’ Paduka’ daripada Sultan Kedah untuk Darjah Seri Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (D.H.M.S.).

2. Datin Paduka – Gelaran kepada penerima Wanita bagi darjah kebesaran Dato`-Sultan Sharafuddin IdrisS Shah (D.S.I.S.) dan Darjah Kebesaran Dato` Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) daripada Sultan Selangor.


*Antara yang pernah baca.. mungkin pada masa akan datang akan ada lagi pernambahan. Kalau ada sebarang kesilapan sila komen ya.. Tq
 

Saturday, October 18, 2014

Perbezaan Datuk Seri, Dato’ Seri dan Dato Sri

Ini sama sahaja perbezaan Datuk dan Dato’. Cuma yang ada sedikit berbeza Seri dan Sri

Dato’ Seri - Gelaran yang digunakan bagi Darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Ketua Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja kecuali dari Negeri Pahang. Isteri membawa gelaran Datin Seri, To’ Puan Seri (Terengganu) atau Toh Puan (Kedah bagi penerima S.P.M.K.)

Dato’ Sri - Gelaran yang digunakan bagi Darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan Pahang.

Datuk Seri – Gelaran yang digunakan bagi Darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Wilayah Persekutuan dan Ketua Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua Negeri, seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Serawak. Isteri membawa gelaran Datin Seri

Friday, October 17, 2014

Perbezaan Toh Puan dan To’ puan

 Ini pun kadang-kadang tu terkeliru. Kalau tak silap Toh Puan dan To’ Puan ni ada 2,3 jenis gelaran tapi pangkat yang berbeza.

1. Toh Puan – Gelaran bagi isteri kepada penerima Darjah kebesaran ‘Tun’ iaitu darjah kebesaran tertinggi Kerajaan Persekutuan.

2. Toh Puan – Juga merupakan gelaran kepada isteri Orang Besar Perak iaitu isteri kepada ‘Toh’.

3. Toh Puan - Gelaran bagi isteri kepada penerima Darjah kebesaran Dato’ Seri dari Sultan Kedah bagi Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Kedah (S.P.M.K.)

4. To’ Puan - Gelaran bagi isteri kepada penerima Darjah kebesaran Dato’ dari Sultan Terengganu.

*Antara yang pernah baca.. mungkin pada masa akan datang akan ada lagi pernambahan. Kalau ada sebarang kesilapan sila komen ya.. Tq

Wednesday, October 15, 2014

Perbezaan Dato' dan Datuk

Bila tengok di dada-dada akhbar, untuk kes Siti Nurhaliza. Ada yang tulis Datuk Siti Nurhaliza dan ada yang tulis Dato’ Siti Nurhaliza. Sebenarnya ada beza Datuk dan Dato’ ni.

Dato’ - Gelaran yang digunakan bagi Darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Ketua Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja.

Contoh: Dato’ Siti Nurhaliza

Datuk – Gelaran yang digunakan bagi Darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Ketua Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua Negeri, seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Serawak.

Contoh: Datuk Nicol David