Friday, July 27, 2012
Apa Masalah ni ekk??
Thursday, July 26, 2012
Koleksi dari Indonesia
Thursday, July 12, 2012
Konsert Sami Yusuf Cancel?
Coin Malaysia
Wednesday, July 4, 2012
Peninggalan Moyang
Saturday, June 30, 2012
Pre-Konvo
Monday, May 21, 2012
Lab 7 2012
Saturday, May 19, 2012
Bungkusan dari Indonesia Lagi
Lab 5.3 2012
Monday, April 30, 2012
Lab 5.2 2012
290412
Tak pe la.. kalu tak jadi tu nak wat camne kan… redha je la.. lab kan time main2... hahaha...
Monday, April 23, 2012
Sami Yusuf duet Siti Nurhaliza
Sumber Berita Harian Online 2012/04/23
SABTU lalu, Studio Harem milik penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman meriah dengan kehadiran rombongan penyanyi terkenal lagu ketuhanan dari United Kingdom, Sami Yusuf, yang memilih merakamkan dendangan terbarunya di situ.
Lebih istimewa, penghibur yang mendapat gelaran Rockstar Muzik Islam itu tidak keseorangan, sebaliknya berpadu suara dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, bagi lagu berjudul You Came To Me untuk dimuatkan dalam album keempatnya.
Seperti dikongsi pada sidang media pengumuman bersempena Konsert Salaam Sami Yusuf di Stadium Malawati, Shah Alam, yang akan berlangsung pada 14 Julai ini, beberapa hari lalu, sejak mendengar lagu Siti tatkala kunjungan sulung ke Kuala Lumpur sekitar 2005 membuatkannya menanam hasrat berpadu suara bersama wanita itu.
Walaupun terpaksa menunggu lama untuk merealisasikan hasratnya, kehadiran kali ini dirasakan cukup bererti apabila berpeluang mendekati peminat dalam skala persembahan mega kelolaan Offshore Entertainment Productions, malah lebih manis dapat berduet dengan Siti dalam album dan di pentas.
“Bagi saya, beliau seorang yang cukup berbakat besar. Vokalnya cukup unik selain mempunyai peribadi yang begitu merendah diri. Tidak hairan namanya tetap mengharum hingga kini. Saya gembira apabila Siti menerima pelawaan ini,” katanya ketika ditemui selepas rakaman.
Walaupun diserang demam lima hari sebelum itu, Siti yang mengambil suntikan semata-mata untuk sembuh dalam kadar segera mengakui berdebar untuk masuk studio bersama Sami, namun mengakui sudah melakukan persediaan mental dan fizikal.
“Cuma dalam tempoh seminggu lalu, saya demam. Bimbang juga jika masalah kesihatan ini boleh mengganggu proses rakaman, apatah lagi Sami datang dari jauh.
Setahu saya, Sami juga seorang yang teliti. Syukurlah kesihatan saya bertambah bagus hari ini,” katanya.
Membawakan lagu berkenaan dalam tiga versi iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris dan Arab, penerima Anugerah Seri Perak, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, memaklumkan ia bukan masalah.
“Saya menyukai melodi dan lirik You Came To Me yang cukup indah. Mesej ini dapat disampaikan lebih meluas dengan penyampaian tiga bahasa. Malah untuk lenggok Arab, saya rasa tiada masalah kerana mempunyai guru yang bagus,” ulas Siti lagi melirik ke arah Sami sambil tersenyum.
Sememangnya kedua-dua penyanyi tersohor ini cukup mementingkan kesempurnaan. Sebelum rakaman bermula, masingmasing saling berbincang, malah Siti turut meminta tunjuk ajar bintang berusia 31 tahun itu membawakan lagu terbabit dalam lenggok Arab.
Bukan hanya wakil media tempatan, difahamkan beberapa wartawan dan jurugambar dari Singapura juga didatangkan khas ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis pengumuman konsert serta rakaman lagu duet Sami dan Siti.
Sementara itu, bagi Sami yang lebih dulu menghiburkan peminat Kota Singa di Stadium Tertutup Singapura, 8 Julai nanti, harapannya hanya satu iaitu menyatukan seluruh masyarakat tanpa sebarang jurang yang berkongsi udara serta langit yang sama.
Terdahulu, komposer dan penerbit kelahiran Tehran yang dibesarkan di London ini mula mencipta nama menerusi album sulung Al-Mu'allim pada 2003, malah jualan setiap albumnya mencecah jutaan keping. Selain anugerah, konsertnya di seluruh pelosok dunia meraih kehadiran luar biasa.
Lab 6 2012
Cuma kali ni ada penambahan method skit.. biasa la.. nak over skit.. boring la sama je tiap2 tahun kan.. haha.. skit je tambah.. 1 step je..
Tuesday, April 17, 2012
Lab 5.1 2012
Lab Kultur Drosophila melanogaster – untuk kajian genetic.. gitu.. siap tulis apa tajuk penuh nama amali lagi ni.. hehe.. lab kali ni macam simple je.. just observed a.k.a skodeng ciri2 jantan dan betina Drosophila.. kemudian tengok ciri2 mutant..
Inilah sample nya.. yg ni belum kacuk lagi..
Untuk lab kali ni kami order 5 jenis je mutant.. termasuk dengan wild type jadi 6 jenis la.. cukup la nk buat 6 groups.. ngam2 soi kata org.. lepas sesi skodeng ciri2 jantan betina dan ciri2 wild dan mutant.. cam biasa la diaorg kena kacuk lalat ni.. cam lab lepas2 la kan..
Cantik x tulisan? hehehe...
Over lak citer kan.. padahal lab thn2 lepas pn da citer kan..hehe.. just kali ni ok skit sebab da dapat drosophila yang ok kan..pastu apa kacuk ngan apa pun da tetapkan terus..so berharap cepat la siap lab ni..teka cepat siap x?
So hopefully drosophila ni akan berkenalan malam tu jugak.. pastu esoknya diaorang mating.. gituhhh harapan nya kan.. so next week blh la truskan.. tp mgkin take time gak nk kenal2 dulu kot.. tak kan nk redah je kan terus mating.. nanti kes rogol lak..
Kalu sesi kenal2 makan masa 2 hari..jadinya 2 mggu lagi baru bleh sambung..proses dari telur ke imago makan masa 8 hari..
Harap2 diaorang akan beranak pinak dengan jayanya nanti... hehehe..;p.. Risau je drosophila ni x sempat nk mating.. mati dulu.. kesian mati muda..huhu..
~~: Time duk perhatikan budak2 ni buat lab ni.. teringat zaman belajar dulu buat lab ni gak.. sama je cam diaorang ni.. main-main, sambil lewa.. semua sama.. haha.. tapi yang penting drosophila kumpulan Ang membiak dengan jayanya.. tul x yoe n joe? hehe..;p
Sunday, April 8, 2012
AngPostcards

Baru perasan sebenarnya sudah lama x update blog satu lagi ni.. maklumlah skrang sudah agak sendu dengan Xtvt collect postcard ni.. sebab ada hobi yang lain lebih diutamakan.. hehe.. jadinya yang ni kena stop dulu.. mungkin lepas hobi baru ni hilang ghairah.. bleh stat balik collect postcard… hehe.. ;p
Sape2 nk lawat blog ini bleh la ke sini http://angpostcard.blogspot.com/ ... blog yg xupdate berkurun.. hehe
~~: update di pagi hari…;p
Monday, April 2, 2012
Lab 4 2012
010412
Lab Mitosis – Cell Reprodution – Onion Root Tip.. Lab ari ni Pn. Ram tak masuk gak sebab kurang sihat.. jadi kena minta tolong ngan pembantu lab tuk setup kan semua chemical dan mikroskop..
Lab kali ni biasa2 je.. just nk tengok proses mitosis kat dalam sel je.. xde yg istimewa pn.. method pn simple2 je.. ada 2 method.. dua2 Ang suh budak2 ni buat.. sebab kalu buat 1 method je..belum tentu dapat result yg cantik dan clear..
Selain 2 method ni.. diaorang akan observe commercial slide jugak.. slide ni sah2 ada semua stages of mitosis tu kan.. dari “pak mat ada telor” tu.. semua la lengkap kan.. bagi mengelakan kejadian aneh belaku Ang pesan la kat bebudak semua tu hati-hati..jangan sampai slide tu pecah..
Berbuih mulut Ang duk pesan..sila jangan bayangkan berbuih cam kena sawan tu uolll… ini berbuih ala2 kak nita serawak je.. Ang cakap la ‘slide ni setiap tahun pecah skit sikit.. jangan tahun ni tambah pecah lagi la..nanti junior baru tak dapat guna lak nanti..’
Ang pn pesan gak jangan guna pelarasan kasar time guna kat mikroskop nanti time mahu focus tu..time buat Xperiment tu ada la sorang budak ni tak sengaja alihkan bukunya dan jeng jeng jeng… slide commercial tu jatuh uolllll… teng!!! pecah.. depan mata Ang lak tu.. x dapat nk selamat dah slide tu.. ni bukan budak tahun dpn tak dpt guna.. kawan2 dia pun x dapat guna.. huhhhhh...
Memang dia tak sengaja pecahkan.. tp tu la.. sepatutnya kena la hati2.. hmmm.. Nasib bsik Prof ngan Pn Ram tak ada.. kalu tak hiabisla budak tu..
~~: Tahun depan dapat la slide baru.. hehehe.. kena tempah awal2 ni..;p
