Thursday, October 11, 2012

Koleksi Duit Kertas Malaysia 6






Duit kertas RM50

Yang atas kiri kalau tak silap Wang kertas Malaysia $50 siri ke 5.. Atas kanan pulak itu siri ke 6 versi sign kat tengah.. kemudian bawah kiri siri terbaru.. kemudian kanan bawah tu siri terbaru gak tapi special untuk sambutan 50 tahun kemerdekaan negara.. jadi ada beza skit kat bahagian belakang.. ada logo kemerdekaan yang ke 50.. siri2 semua tu Ang ambil info dekat blog.. harapnya betullah siri-siri semua tu..;p
 


Monday, October 8, 2012

Koleksi Duit Kertas Malaysia 5





Duit kertas RM20

Yang atas tu siri ke 5.. versi sangat rare.. nasib sempat simpan 1.. kemudian bawah versi tahun ini.. versi baru warna kuning.. Wang kertas RM20 telah keluar sejak siri kedua pada tahun 1982 dan kemudian dihentikan pengeluaran pada tahun 1995.

Koleksi Duit Kertas Malaysia 4





Duit kertas RM10

Yang atas kiri kalau tak silap Wang kertas Malaysia $10 siri ke 5.. Atas kanan pulak itu siri ke 6 versi sign kat tepi.. kemudian bawah kiri siri tu versi sign kat tengah dengan ada 1 jalur berkilat tu..yang satu lagi tu tak ada.. photo dia lebih kurang je..xde beza sangat.. kemudian siri terbaru tahun ini punya bawah sebelah kanan.. siri2 semua tu Ang ambil info dekat blog.. harapnya betullah siri-siri semua tu..;p

Sunday, October 7, 2012

Koleksi Duit Kertas Malaysia 3






Duit kertas RM5

Yang atas kiri kalau tak silap Wang kertas Malaysia $5 siri ke 5.. Atas kanan pulak itu siri ke 6.. kemudian bawah kiri siri tu versi polimer.. photo dia lebih kurang je..xde beza sangat.. kemudian siri terbaru tahun ini punya bawah sebelah kanan.. siri2 semua tu Ang ambil info dekat blog.. harapnya betullah siri-siri semua tu..;p



 

Saturday, October 6, 2012

Koleksi Duit Kertas Malaysia 2





Duit kertas RM2 

Rasanya dalam sejarah duit kertas Malaysia hanya ada sekali je duit RM2 ni keluar..untuk siri ke 6.. kalau tidak silap lah.. kalau ada info lain.. nanti sapa2 komenlah.. untuk RM2 ni ang ada dua jenis 1 yg gabenor sign kat tepi, 1 lagi sign kat tengah-tengah.. tp lupa nak ambil photo 1 lagi...;p


 

Koleksi Duit Kertas Malaysia





Duit kertas RM1

Yang atas kiri kalau tak silap Wang kertas Malaysia $1 siri ke 2 (1972-1976), tak pasti ini siri ke 2 atau pertama.. sebab ciri-cirinya hampir sama.. tak tahu apa perbezaan dia.. Atas kanan pulak itu siri ke 5.. kemudian bawah kiri siri ke 6 la kan..ini baru lagi.. kemudian siri terbaru tahun ini punya bawah sebelah kanan.. siri2 semua tu Ang ambil info dekat blog.. harapnya betullah siri-siri semua tu..;p


 

Thursday, September 27, 2012

All Your Love Siti Nurhaliza lagi…


Mendarat dengan selamat..;p


Ini merupakan kali ke 2 Ang dapat album ni.. dan merupakan album ke 3 milik Ang.. Masa mula-mula album ni keluar dulu tahun lepas 2011 bulan September, Ang sudah beli, time tu beli 2 sebab 1 nak pos ke Indonesia nak bagi dekat member kat sana, jadi tinggal 1 je milik Ang.

Yeayy.. ada sign...;p

Pastu mula-mula Ang join twitter terpandang ada contest Warner Music Malaysia.. katanya kena Follow diaorang dulu baru boleh jawab.. saje je mencuba nasib.. sekali soklan dia memang semua orang boleh jawablah.. dia tanya “Apa Single pertama album All Your Love?”.. hah jawab.. jawab.. 5 terpantas jawab dapat album All Your Love ni.. Alhamdulillah Ang antara terpantas…hahaha.. memang kebetulan yang ni..tak sangka plak..

Kemudian yang terbaru ni merupakan reward daripada Astro.. ini untuk rewards History Channel.. macam cabutan bertuah la juga ni.. dia berjalan selama 2 bulan.. katanya sapa yang terawal hantar penyertaan setiap hari akan dapat album All Your Love ni beserta Sign Siti Nurhaliza.. wahh tak sangka.. Alhamdulillah rezeki lagi..

Semua cd tu ada value sentimental dia jadi sayang nak bagi kat orang walaupun sama je..;p
 


Wednesday, September 26, 2012

Mengimbau Memori


Sama tak muka skrang ngan time kecik dulu? hehehe

Errr rasenya tak adalah mengimbau sangat pun..sebab tak ingat apa-apa pun..hehehe.. Ni satu lagi khazah berharga buat diriku ini yang terjumpa dalam bilik Aboh.. hehe.. baju time kecil-kecil dulu.. Ummi kata time ni tak boleh berjalan lagi.. sebab duk dalam walker.. hehe.. Kebetulan ada photo yang pakai baju tu..huhhh… tak sangka lak baju zaman tok kadok tu ada lagi.. banyak sebenarnya baju time kecil-kecil a.k.a baby dalam bilik tu.. tapi yang berkemas beria adik Ang.. dia ni pantang tengok benda lama je terus ambil pergi bakar.. huhh.. baju ni terselamat sebab time nak lempar dalam api tu, ummi sempat cakap nak simpan baju tu.. baju lain selamat dah jadi abu… huhuhu…  

Tuesday, September 25, 2012

Salasilah Family


Carta alir..hahahaha

Selepas berkemas dekat bilik aboh..Ang terjumpa salah silah family ni..tengok kat situ update tahun 1982..haha..sah-sah lah nama Ang tak ada lagi kat dalam tu..tp Ang tahu nama Ang akan letak kat mana..sebab nama Aboh dah ada kat dalam tu.. tengok pada rantaian tu.. 1 cabang family ada kat Perak, 1 cabang ada kat Kedah, 1 cabang ada kat Terengganu dan 1 cabang ada kat Aceh, Indonesia.. yang dekat negeri lain tu memang tak kenal sape2 pun.. tapi diaorang yang dekat Kedah tu selalu anjur perjumpaan dekat Masjil Family dekat Kedah tiap kali hari raya ke 3..nama nya perjumpaan keluarga Al-Zubaidy.. Dulu family yang di Terengganu pun selalu gak buat perjumpaan family kat Masjid keluarga kat Terengganu.. tapi lama dah tak ada, sejak orang tua-tua dah tak ada ni..

Ok ni yang Ang dapat dari salasilah tu:

Mohammad Shafie Bin Shafie Bin Mohd. Said Bin Abdul Wahab Bin Mohd Shafie Bin Mohd Amin Bin Abdul Rahman Bin Syaikh Ahmad Al Zahidi Al Yamani.

~~: rasa macam nak sambung je salasilah ni..hehehe..


Wednesday, August 29, 2012

Poskad Raya CTFM


Poskad CTFM

Yayyy... akhirnya dapat poskad dari ctfm.. hehe.. tengok la photo ye.. xnk tulis byk2..tengok photo je ekk..;p

Tuesday, August 28, 2012

Ceritera Raya 2012

Hari Raya 2012



190812

Raya pertama di Kuantan – 1 hari beraya kat umah nenek je.. sebab semua mak-mak sedara n bapak-bapak sedara datagn sini..memang meriah rumah..xde waktu sunyi rumah..haha..1 family mok cik je tak balik hari raya pertama.. yang lain semua ada..kecuali 2,3 org yg xde.. keluarga Ang semua ada kecuali Abg n Kak Long, keluarga ayah ngah 2 org menantu xde ngan Fadli xde.. keluarga ayah teh cukup 6 org.. keluarga Andak a.k.a Ibu 7 org.. keluarga Anjang 4 org.. keluarga pok de 3 org.. keluarga chek 6 org.. pastu pok su.. memang penuh rumah.. penuh rumah 40 org.. hahaha.. happy je atok sebab ramai org..;p

200812
Raya ke2

Sesi menjelah raya bermula.. bermula dari pagi menjelah cari duit raya..hahaha.. sampai petang atok kol suh balik umah sebab ada tetamu datang.. hehe.. pegi umah kawan ummi.. dulu time datang ingat kecil lagi masih hisap susu botol lagi.. sekarang sudah nak ambil SPM..gile cepatnya masa berlalu..dah jadi anak teruna dah..makin tua lak raya..hehehe

210812
Raya ke3

Lepas subuh sudah bersiap..nak balik ke KT..kali ni balik ramai2.. dalam 4 kereta..sebab atok ngan nenek nak jalan-jalan raya kat saudara mara kat Terengganu, kebetulan ada kenduri time ni..jadi peluang la pegi jalan-jalan sekali.. pastu kitaorg singgah kat Paka rumah Chek..makan lagi..baru lak gerak ke KT, tambah sebuah lagi kereta.. str8 ke tempat kenduri.. lps kenduri..Ang bawak Ibu pegi umah Pulau Musang sebab diaorg tak ikut jelajah petang nanti..ehehe.. jadi jelajah petang tu 3 kereta je.. kami pergi jalan2 umah bakal mok su kitaorg..;p.. balik umah Sri Putra.. diaorang semua tidur kat umah Sri Putra.. balik pun dah nak pukul 7.. memang letih gile.. malam tu plan nak pegi makan ikan bakar.. kedai tutup lak.. tetiba mak anjang n family lak dtg.. last2 ikan sardin je..hahaha.. mmg xprepare apa pun kat umah tu..ni pok su la punya plan last minute ni..

220812
Raya ke4

Oleh kerana sgt letih semalam..hari ni bangun lewat..kul 8 bangun bilik air da ramai yg tunggu turn.. itu ok lg.. yg malasnya atuk la.. lagi orang tak bersiap lagi la bising dia.. hahaha.. plan hari ni nak pegi umah mak Mak Anjang.. pastu umah sanak saudara mara.. oleh kerana Ang n family ada plan lain..kitaorg pegi umah mak Mak Anjang je.. kemudian pegi open house ayah ngah kamal.. pastu beraya sekitar rumah pulau musang.. petang lak pergi umah mak Kak Long.. malam lak pegi umah Pak Nasir..yg ni gile babas punya rumah..macam istana..memang besar gile..huhhh… pukul 1 pg blk beraya..hahaha…

230812
Raya ke5

Beraya ke rumah Kakak kepada Kakak ipar..hehe.. malam tunggu Kak N datang beraya.. masak simple2 je tuk Kak N.. ;p

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya 2012

 
Selamat Hari Raya buat semua teman-teman.. minta maaf zahir dan batin.. Ang hanya manusia biasa jadi mungkin banyak salah dan silap kat semua orang.. minta maaf banyak-banyak ye.. jemputlah dtg umah.. Hari Raya 1-3 Ang akan beraya di Kuantan, Raya 4-5 akan beraya dirumah Pulau Musang, Raya 6-7 akan beraya dirumah Sri Putra..*Sebarang perubahan waktu dan tempat tertakluk kepada terma dan syarat…;p... nanti datang raya jangan lupa bawak duit raya tuk Ang…hehehe…;p 
 
~~: akhirnya kad raya lepas copy n paste...hehehehe..;p 
 

Monday, August 13, 2012

Kad Raya Pertama tahun 2012



Sudah lama tak dapat kad raya..tahun lepas pun rasanya tak dapat kot..sebab macam ditelan zaman gitu..skrang kan duk sms je..pastu FB..tweet.. kan..jimat pun jimat..terus je sampai..xyah tunggu 2,3 hari nk kompem sampai.. Kad Raya ni pun dari UMT..ahaha..dari alumni..hehe..xpernah pn sebelum ni..tahun ni je dpt..kad raya beserta memo minta update profile..hehe.. belum pn lagi update ni..kad raya ni 2 in 1..sbb dia buat ala2 kalendar meja..belah belakang ada kelendar 2012.. kat bahagian depan ada ucapan raya..kelas ko umt..;p.. Zaman kegemilangan terima kad raya pun dah berlalu..zaman sekolah ngan matrik dulu..syok je..banyak dapat kad raya..sekrang keghairahan nak tulis kad raya pn dah kurang ghairah…;p

~~: mungkinkah amalan hantar kad raya akan pupus suatu hari nanti??



Thursday, August 9, 2012

Sambutan Raya Umah Sewa 2008



 
ni Xroommate..Ang terpengaruh ajakan roommate tuk aksi ni..hahahaha (matila kalu dia terbaca ni..) 

Sebenarnya nak cari photo yang pakai baju melayu nak buat kad raya..terjumpa photo ni..photo sambutan raya kat umah sewa tahun 2008..hahaha… kenangan zaman dulu2..time ni Yoe a.k.a Tok Batin atau Ketua umah sponsor..hehe.. pastu masak ramai2..hehe..yang paling best..kemas rumah..haha…mmg bersih gila umah time tu..haha.. skali tengok dlm bilik sorang2..hanya mereka tuan bilik je tahu.. Bila tengok balik photo semua ni..macam2 aksi ada..hahaha.. jom imbas kembali kenangan lampau..

~~: Bila orang umah No 3 Sri Pantai nak buat open house tahun ni ekk? hehehe


 ni la pihak penganjur a.k.a Tuan Rumah


 


Wednesday, August 8, 2012

Kadar Zakat Fitrah Terengganu


Kadar zakat fitrah bagi negeri Terengganu tahun ini ditetapkan sebanyak RM4.50, RM7.00 dan RM7.60 kalau nak banding dengan RM5, RM7 dan RM8 tahun lepas.. berdasarkan harga gred beras yang dimakan. Ni sumber dari Utusan Malaysia (http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_02.htm)...

Kalau tak silap Ang negeri lain ada 1 je kot kadar bayaran zakat fitrah ni.. Terengganu makan banyak jenis beras ni...

Kita kongsi skit maklumat yg Ang ambil dari Intenet pasal zakat fitrah ni ekk.. untuk refreshkan minda kita semula apa yg kita belajar time skolah dulu..;p

Zakat fitrah

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat Ramadan dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).

Syarat Zakat Fitrah

1.Islam
2.Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan
diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
3.Dapat menemui dua masa iaitu pada akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

Kewajipan zakat fitrah

1.Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
2.Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Monday, August 6, 2012

Bahan Bacaan


050812

 Nih dia bungkusan yg lambat tu...

 Seminggu baru sampai.. lamanya pos Malaysia sekarang ambil masa ye..ingat dulu-dulu dalam 2 hari surat boleh sampai.. sekarang seminggu baru sampai.. huhu… so baru dapat buku ni lepas penjual tu kata dah pos sabtu minggu lepas..28 haribulan..tapi kalu tengok cop kat setem tu tarikh 31 haribulan.. sampai kat umah 05 haribulan 8.. 5 hari..gila lama..

Bukunya... hehehe

Saje je beli buku ni.. murah je.. jadikan bahan bacaan time boring2 bulan puasa ni.. hehe.. isi masa terluang time petang2.. hehe.. buku lama sebenarnya baru je nk baca..hehe..

~~: Antara dua buku tu agak2 mana yang habis baca dulu ekk??.... ;p


Wednesday, August 1, 2012

Yeay Dpt Baju Raya


310712

Hehehe... hari ni tiba2 ada abang Skynet hantar bungkusan.. Kali ni pelik sikit..sebab rasanya macam tak ada belian on9.. hehe.. tengok pengirim dari Sekolah Tok Dor..ohh dari Kak N.. bila dah buka bungkusan..baju..yeayy..dapat baju..Terima kasih Kak N.. boleh buat raya baju ni..hehe..campur dengan beberapa baju hadiah dari Kak Long..sekarang tinggal seluar je..nak cari..over kan..haha...macam la raya sgt..

Selipar lak ada yg dalam kotak bawah katil yg belum pakai lagi.. 1 selipar tu hadiah dari Kak N gak.. hehe.. blum pakai lagi kak.. nanti la.. pakai yg ada je dulu sampai rosak.. hehe.. jgn membazir..

Baju Melayu tuk tahun ni dah siap awal lagi..hehe..tapi baju Melayu raya tahun lepas tak pakai lagi sebab Ang sakit kan tahun lepas so tak pakai pun baju melayu tu lagi..huhu..nanti pakai tahun ni la..hehehe.. tinggal songket je belum match kan lagi.. tp Ummi cakap tak payah tiap tahun nak beli songket..membazir katanya..huhu.. pakai je yang da ada katanya.. tengok la camne..kalu ada ‘elaun’ lebih bleh je beli...hehehe... 
 
~~: Beria kan nak cari baju raya..mcam la raya sgt..

 

Monday, July 30, 2012

Malaysia New Notes


Sumber dari FB member..

Katanya pertengahan bulan July haritu dah kuar duit kertas baru ni..kalu tengok design yang diaorang tunjuk kat paper bagi Ang cantik la jugak..tak la buruk atau tidak masuk akal kan..Ang pun belum lagi pegang duit baru ni..Cuma yang RM50 je la..sebab yang tu dah lama keluarkan..2, 3 hari lepas Ang perasan ada kawan FB letak photo atas tu kat FB dia..hehe..Sama ngan HELL BANK NOTE..haha..lucu lak..kabarnya kaum Cina kat Malaysia ni tak nak guna duit baru ni sebab sueh katanya..hehe..Ang baca kat komen2 kat FB tu gak..diaorang kata duit Hell Note tu design setiap tahun..jadi sapa tiru sapa ekk? Mungkin kebetulan je sama..tapi lucu lak bila code warna dia lebih kurang..hehe..Sape2 yang tak nak duit tu sebab takut sueh ke sial ke..bagi kat Ang ekk, dengan rela hati Ang terima duit tu..bleh..hehehe...

~~: raya tahun ni mesti banyak kasi RM20 tu..sebab itu duit baru..xmerasa la RM50..haha..motif nak duit raya lg...


Sunday, July 29, 2012

Janji Ditepati??

 Ni logo2 lama..dan cuba banding dgn yang baru kat bawah tu..

Tetiba banyak lak isu timbul pasal logo kemerdekaan Ke-55 tahun 2012 ni yek. Mungkin ramai katanya logo ala kadar je..tapi tak pasti la memang logo itu ke yang rasminya..sebab belum kuar iklan kat TV lagi kan..yang pasti Janji Ditepati memang kompem…huhuhu.. kalu tengok logo tu memang cam ala kadar je..Kalu minta Lok yang duk kat Tasmania tu buat lagi hebat…Sebab tu la kot ramai tak puas hati..katanya copy paste je logo tu..pastu siap..kerja senang katanya…xde la buruk logo tu..tapi mungkin ada yang lagi OK kot.. Tema lak..huhhh.. xdapat nak ulas..macam xde kaitan je ngan Kemerdekaan..huhu..politik semata-mata kot..kalu letak tema 1 Malaysia macam sebelum ni..memang ada bau2 politik jugak..tapi masih paksikan semangat kemerdekaan dan sayangkan Negara..yang ni tak tahu nak cakap ape..sendiri piker la kan..ada yg rasa OK ada yang tak kan..masing2 nya kepala hotak..hehehe…
 

Logo tahun ni katanya la...

Katanya ini logo tuk tahun ni..tak pasti la betul ke tak..sebab tadi baca forum macam letak logo photo lain plak..kot2 dah tukar bila isu macam2 ni... apa pandangan korang logo ni??? 

~~: N3 ini tiada kaitan ngan politik..gitu kan..hehe…

Friday, July 27, 2012

Apa Masalah ni ekk??


Kenapa tiap kali nak uploada photo akan jadi masuk photo sikit2 cam ni ekk..tengok version upload photo tu.. sblum ni xde lak jadi camni…huhu.. nape ekkk???? Apa masalah sebenar dia ekk..dulu xpernah lak jadi camni..huhuhu...