Ini sama sahaja perbezaan Datuk dan Dato’. Cuma yang ada sedikit berbeza
Seri dan Sri
Dato’ Seri - Gelaran yang digunakan bagi Darjah kebesaran yang
dianugerahkan oleh Ketua Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja kecuali
dari Negeri Pahang. Isteri membawa gelaran Datin Seri, To’ Puan Seri (Terengganu)
atau Toh Puan (Kedah bagi penerima S.P.M.K.)
Dato’ Sri - Gelaran yang digunakan bagi Darjah kebesaran yang dianugerahkan
oleh Sultan Pahang.
Datuk Seri – Gelaran yang digunakan bagi Darjah kebesaran yang
dianugerahkan oleh Wilayah Persekutuan dan Ketua Negeri yang diketuai oleh Yang
Dipertua Negeri, seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Serawak. Isteri
membawa gelaran Datin Seri





