Kalau tak silap Ang negeri lain ada 1 je kot kadar bayaran zakat fitrah
ni.. Terengganu makan banyak jenis beras ni...
Kita kongsi skit maklumat yg Ang ambil dari Intenet pasal zakat fitrah ni
ekk.. untuk refreshkan minda kita semula apa yg kita belajar time skolah
dulu..;p
Zakat fitrah
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat Ramadan dan zakat Fitri kerana
masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya
Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada
melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang
asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).
Syarat Zakat Fitrah
1.Islam
2.Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
3.Dapat menemui dua masa iaitu pada akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang
yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan
selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
Kewajipan zakat fitrah
1.Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah
untuk dirinya dan juga tanggungannya.
2.Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
2.Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan
sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu
sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu
makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada
satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
No comments:
Post a Comment